Salam
Selepas keguguran disebabkan incomplete pregnancy, i cuba untuk HEAL kan kembali diri ini... Xdinafikan memang badan rasa letih, malas, ngantok jee, xda tenaga je slalu...
Terasa bdn ni penat sgt, setelah berpantang selama 30 hari, berpantang luar dalam ye.. Akhirnya tamat sudah pantang ni.. Niat dihati mmg nak teruskan sampai 44 hari.. tapi terbabas juga...
So sepanjang pantang ni, hari 1 - 28hari, i makan acid folic n perampina pil haruan seperti dibawah
hari ke 29 - 30 baru start makan Jamu Seri Bonda dan berikutnya lah yer... walaupun dah habis pantang 3 bnda ni masih diambil, cuma pil tu akan stop kot lepas botol yg ke 2 ni habis... maintain ambil folic acid n jamu seri bonda jer...
Lepas jumpe mama, die suruh makan jamu pula... So google punye google. Kaji punya kaji.. akhirnya berkenan dgn Jamu Seri Bonda.. Bukan setakat harga nya, tp testimonial n konon kesannya.
Sepanjang hidup, ini baru 1st time makan jamu. Mama ckp bila berkahwin jamu amat penting utk dalaman seorang wanita... Hari ni baru hari ke3 makan jamu, kita tgk bagaimana hasilnya nanti.
Mengharapkan juga masalah sebelum ini spt sengal2, sakit belakang, susah nk membuang air besar, senggugut, hormon xstabil dapat hilang, Alhamdulillah, i xda masalah tentang bersama suami, cuma kalau dapat extra kan power tu seperti apa yg di war warkan dlm blog semua ni, ia sangatlah ditunggu2...
Walau apa pon, sepanjang amik jamu ni, air masak mmg xpernah tinggal la. But all dis while pon mmg minum byk. Mengharapkan juga bahagian dalaman badan ni bertambah baik, risau juga selepas D&C bagaimanalah keadaan dalam rahim ni, sebab masih rasa sengalnye kadang2 apabila terhentak.
Kami juga ingin mendapatkan anak dalam masa terdekat, dan semoga kalini impian kami tercapai..
Ya Allah permudahkanlah perjalanan kami...
I will keep on update on Jamu Seri Bonda effect if ANY yer...
Harap-harap la ada kesan ye. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment