Thursday, April 10, 2014

Kami Pengguna ABN Xcess

Assalamualaikum...

Lama dah x update blog ni. Well this time, i would like to share about ABN Xcess Internet.


So far dah 5hari pakai internet ni. Kami ambil pakej yg kt atas ni.
Mmg la sebelum ni abn ni dok promo kaw2 kat area seri kembangan ni.
Tapi xpernah lak ada nawaitu nak pakai internet ni.
Mmg at first dulu terfikir nak pakai unifi. Well sape yg xkenal unifi, internet access yg paling established kat Malaysia ni. Bukan ape, kadang2 manusia ni lebih percaya benda lama n takut mencuba benda baru....

Kaji punya kaji, akhirnya kami memberanikan diri pakai abn ni.
Ok 1st skali lepas dah taw pakej ape nk ambil, so i terus isi form online ni. 
Pakai hubby nye details la kan... Lepas da isi form tu online, abn will contact us within 72 hours.
Mula2 tu rasa amboi lama sgt baru nk contact org. So i register kamis, then abn kol ari isnin then kata nak datang install hari selasa ok la tu kan... Not bad..

So hari selasa tu installer tu dtg rumah nak pasang internet. Ambil masa lama jugak sebab nak drill suma kan... Macam nak pasang astro gaks la. Take time nye tu... Tp xpe, asalkan i boleh pakai internet.

Rasa nya dalam 3 jam baru settle suma kot. Siap boleh tgk tv channel free + internet terus boleh access... Not bad. So apa yang ditulis dalam website tu mmg betul la.
Dahla free installation, 1 sen habuk pon xyah bayar, then boleh pakai terus. 
Efficient lah abn. Thumbs up. So this is the abn thinggy... Hehehe...
Bestla dah ada internet skrg... Boleh surf apa2... N now i dah boleh update blog laks pakai ipad ni.. Ipad ni bersawang dah sebab internet xda all this while... Yela hubby kasi yg ipad wifi je. (Time kasi ipad ni masih status boifee) ko mampu? 

So far puas hati dengan internet connection ni... Nice one... So insyaAllah akam surf benda2 yang baik.. N boleh memperbanyakkan lg ilmu, terutama ilmu akhir zaman ni... Noleh dga ceramah uai kat youtube tanpa perly risau exceed limit.... 

Untungnya kami sbb duduk seri kembangan ni ada internet murah mcm ni. Kelajuan setaraf unifi tapi wayyy murah. Mmg abn ni network dia limited. Tp xpela benda akan improved nnt. Harap nnt da maju maintain la ye harga murah camni jangan naik harga laks..... Sekiannnn...

Sunday, March 16, 2014

Tough Decision : New Job versus Counter Offer

Assalamualikum


Bulan ni lain pula ceritanya... Selepas Allah menentukan rezeki I dapat tempat kerja lain which is get > salary and office dekat dengan rumah, Allah kurniakan lg 1 rezeki which is I dapat counter offer dr company I sekarang.

Counter offer yg diberi adalah 50% dari gaji sekarang, which is my expected salary waktu mintak keje kat situ. Eceli, insyaAllah new company tu willing to give me the 50% after confirmation from the probation period which is 6 months or less. Cuma I need to work hard and prove them eventho I'm only a diploma holder I can give the same or more effort with degree holder.

Memang amount yg di counter offer ni membuatkan I macam berbelah bahagi... Sape xnak gaji byk? Kerja pun dah taw sume, tapi I lost dengan travel. Tambah2 lately ni jem saje kena redah hari-hari.

I was wondering, people yg boleh hadap jem berjam2, buang masa, tenaga, duit, doesn't they have a life?

I think my future, with my husband and insyaAllah ada rezeki nanti ada anak, how it will be, if a mother needs to move early to the office and let her husband send children to nursery? I mean, macam lepas kepada husband tok buat semua tu daripada kita buat sama2.

Kita hidup ni kalau asik kejar duit sampai bila mmg xpernah cukup. Mungkin ni ujian yang Allah berikan kepada kami, samada I akan senang sekarang dengan terima saja counter offer and let the new job dgn gaji yg mmg banyak diberikan.

Atau susah sekarang, dengan usaha n bekerja bersungguh-sungguh, prove to them I'm worth that amount n insyaAllah, I can get the same salary that they counter offer or maybe higher. Only Allah knows.

Sesungguhnya, ini adalah keputusan yang sangat susah untuk I buat dalam hidup.

Tapi, dengan berkat Allah, suami, doa, sahabat akhirnya, I pilih untuk bersusah dahulu bersenang kemudian.
Dengan pergi tempat baru.

Semoga Allah permudahkan segala urusan ku nanti.

Robbi yassir wala tu asir...

Bismillah hi tawakal tu allAllah

Monday, February 10, 2014

Trying to Conceive (TTC) - Selepas Keguguran

Assalamualaikum

Selepas 2 cycle period, i dah start TTC, eceli mmg dah start TTC lepas 1 cycle haritu, tapi xda rezeki lagi... I try to calculate n predict my ovulation day tapi maybe xbetul or lebih tepat lg xda rezeki.

Plus, mmg dalam bln lepas wktu i TTC tu mmg my emotion quit down, well personal problem. So dats y susah kot nak lekat. My SIL pon dah advise, sometimes when we under stress mmg susah skit nak lekat.

Wallahualam. Now, dekat 3 bulan kosong lepas keguguran, insyaAllah, kami akan berusaha lagi.
Caranya, kami cuba untuk bersama selang sehari... kalau nak buat hari2 pon boleh, cuma penat sikit la.

Mentally n physically. Kesian hubby nanti. Semoga Allah permudahkan kalini urusan kami n ada rezeki kami. Kami sentiasa berdoa n berusaha, tapi semua keputusan kami serah kepadanya...

Xsemestinya, kalau u try so much tapi kalau xda rezeki, n Allah xizinkan benda xkan jadi jugak... Walau apa pun, I bersyukur kepada Allah sangat, sekurang-kurangnya I dapat merasai perasaan menjadi ibu selama 3 bulan.

InsyaAllah, jika rezeki kami kalini TTC n membuahkan hasil, I akan ready mentally n physically. Walau apa jua keadaan I akan teruskan positive n banyakkan sabar dan berdoa supaya semuanya dipermudahkan.

I sekarang dah berumur 25 tahun eventho my birthday end of Nov, but by year mmg dah officially 25, hubby pulak 32 tahun dah.. kesian dkt hubby umur dah meningkat...

Ya Allah, hamba mu ini memohon, perkenankanlah doa kami, kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah. Berilah kami peluang untuk merasai tanggungjawab sbg ibu bapa...

Amin ya robbal alamin

Monday, January 20, 2014

Jamu Seri Bonda - Respon - Selepas Sebulan Penggunaan

Salam

Alhamdulillah dekat 1 bulan dah makan Jamu Seri Bonda (JSB), so far I makan 2 biji sehari waktu malam sahaja. Ada yg suggest 4 biji sehari, tapi xpela, i prefer 2biji sehari je. so apa cita apa cita?
Memang betul ada perbezaan nye. Cube tgk kat bawah ni;

1. Lepas 3 hari makan JSB, i dah start period. Bersih dlm 9 hari je lepas keguguran tu. Sebab stain lepas  gugur tu dalam 2 minggu lebih jugak. Period pulak, banyak darah. mmg banjir habis.. Maybe sebab makan JSB kot. Tapi time period tu mmg kena stop ye makan JSB.

2. Badan rasa lebih ringan dan bertenaga. Biasa la kan kehidupan kota ni, normal office working hours, pagi dah kena kuar rumah pukol 6.45am smp opis kol 8am, balik kol 5pm. Sampai je rumah pukol 6pm lebih camtu kena fikir perut hubby. Biase hubby mmg lapar lah... Tp Alhamdulillah, hubby jenis xcerewet, apa saje i masak hubby makan. Cuma kena masak la kan.. So biasenye, b4 JSB lepas masak je, sure letih n ngantok. kadang2 tu tidur awal lepas maghrib terus tidur, then hubby kejut tok isya'. Nampak x penat sgt? Bkn ape, jem dekat KL ni melampau... Penat otak. Alhamdulillah lepas amek JSB ni i rase lain sikit. Memanglah perubahan tu xnampak on the spot, tp minggu demi minggu badan ni rase better. N xdalah nak tidur ag lepas maghrib kan.

3. Bertenaga di kamar. Alhamdulillah, ni mmg tak dinafikan, tenaga luar biasa sikit. hehehe. Hubby pon pelik...

4. Menambah nafsu kegairahan. Ni pon sama, makin menaik pulak nafsu nya... Penat la nak mandi je keje huhu.

Ok so far ni je nampak kesannye dulu, i akan terus update in next 2 month penggunaan JSB lak. Nak terus makan JSB ni. Mmg bagus :)

Sunday, December 22, 2013

Berpantang Selepas Keguguran - Acid Folic, Perampina Pil Haruan & Jamu Seri Bonda

Salam

Selepas keguguran disebabkan incomplete pregnancy, i cuba untuk HEAL kan kembali diri ini... Xdinafikan memang badan rasa letih, malas, ngantok jee, xda tenaga je slalu...
Terasa bdn ni penat sgt, setelah berpantang selama 30 hari, berpantang luar dalam ye.. Akhirnya tamat sudah pantang ni.. Niat dihati mmg nak teruskan sampai 44 hari.. tapi terbabas juga...

So sepanjang pantang ni, hari 1 - 28hari, i makan acid folic n perampina pil haruan seperti dibawah
hari ke 29 - 30 baru start makan Jamu Seri Bonda dan berikutnya lah yer... walaupun dah habis pantang 3 bnda ni masih diambil, cuma pil tu akan stop kot lepas botol yg ke 2 ni habis... maintain ambil folic acid n jamu seri bonda jer...


Lepas jumpe mama, die suruh makan jamu pula... So google punye google. Kaji punya kaji.. akhirnya berkenan dgn Jamu Seri Bonda.. Bukan setakat harga nya, tp testimonial n konon kesannya.
Sepanjang hidup, ini baru 1st time makan jamu. Mama ckp bila berkahwin jamu amat penting utk dalaman seorang wanita... Hari ni baru hari ke3 makan jamu, kita tgk bagaimana hasilnya nanti.

Mengharapkan juga masalah sebelum ini spt sengal2, sakit belakang, susah nk membuang air besar, senggugut, hormon xstabil dapat hilang, Alhamdulillah, i xda masalah tentang bersama suami, cuma kalau dapat extra kan power tu seperti apa yg di war warkan dlm blog semua ni, ia sangatlah ditunggu2...

Walau apa pon, sepanjang amik jamu ni, air masak mmg xpernah tinggal la. But all dis while pon mmg minum byk. Mengharapkan juga bahagian dalaman badan ni bertambah baik, risau juga selepas D&C bagaimanalah keadaan dalam rahim ni, sebab masih rasa sengalnye kadang2 apabila terhentak.

Kami juga ingin mendapatkan anak dalam masa terdekat, dan semoga kalini impian kami tercapai..
Ya Allah permudahkanlah perjalanan kami...

I will keep on update on Jamu Seri Bonda effect if ANY yer...

Harap-harap la ada kesan ye. InsyaAllah.

Tuesday, December 17, 2013

Bye Bye Baby on My 24th Birthday 23 November 2013 - Keguguran di usia 3 bulan




Bye Bye Baby on My 24th Birthday 23 November 2013 - Keguguran di usia 3 bulan


Salam

Lame rase tak update blog, bukan apa, lepas 2 minggu dpt MC & ni baru minggu ke 2 masuk office
So banyak bnda yg perlu di selesaikan...
Hurm.... So baby memang da xda, I'm not pregnant anymore.
Sedih tu xdapat disangkal lagi, tapi walau ape pon aku & suami redha dgn ketentuannya.

So, after 9 hari spotting coklat, 5 hari berdarah
itulah petanda yang xnormal bagi seorang pregnant woman
after start berdarah hari ke 2, i xsedap hati, so waktu tu kat office
g lari g Klinik Medivirion at Bangsar South ni.
Doc kasi 3 days mc, n he said its normal for pregnant woman.

So berlalu 3 hari di rumah, sampai nak masuk hari ke 4, which is on my birthday, akhirnya keluar ketulan yg xpenah keluar sepanjang i preggy...
3 jam kemudian, for the 1st time terasa senggugut, sedangkan selama ni perot xpenah sakit ape, ketulan pon xkuar. MasyaAllah sakit sungguh senggugut yang kurasakan kalini, xpenah rase seteruk ini.....
At 1st hubby suggest g klinik dlu, lepas smp klinik, doc gynae xda so kami trus decide ke Hospital Serdang yang berdekatan dgn rumah kami.

Sampai je hosp serdang terus masuk wad emergency, lame kena tunggu, hubby pon menunggu dengan penuh sabar... Biasa la hospital kerajaan.......
 Lepas  sejam lebih ada sorang doc dtg, dia kata nak scan, so masuk bilik scan, kat perut langsung xnampak. So she decide to call another doctor, yang pakar.
So lepas sejam kemudian, doc pakar sakit puan dtg, die scan perut, still xnampak, lepastu doc scan ikot bawah... Huhuhu sakitnya sebab perut da start sakit, so ape2 tekanan yang datang dr bawah ;agi sakit jdnya.

Keadaan waktu scan memang memalukan sebab darah keluar terlalu banyak, batang yang untuk scan dari bawah tu dipakai kan kondom.......  So bile masuk je bawah tu mmg inampak kantung yg dulunya besar kini sudah mengempis, dah macam belon kempis lak.. lepas scan doc kuarkan batang scan tu penuh darah kat bnda tu, geli gileeee. huhu.. lepastu doc masukkan 2 jari pulak sebab doc kata nk cek bukaan rahim... Sies sakit, dalam gile doc jolok...

Then doc bgtaw, mmg baby xjadi, so kena cuci, So at 1st, doc kasi injection di peha untuk jatuhkan dia.
Allah hu robbi dalam masa sejam, i can feel kesakitan maybe macam construction kot rasanya huhu 1st time rasa, then tanya a few of my friend mmg mcm construction skit. Sepatutnya i dah di warded, tapi katil xda so dats y kena tunggu lagi dekat gynae area tu..
Inilah jarum yang dimasukkan tu :(




Sampai xtahan rasa sakit tu, jumpe nurse tnye lmbat ag ke sbb da xtahan sgt, lepas tu nurse ckp katil xda ag.. Allah.... So i baring kejap dekat kerusi yang ada, then a few minutes, i dah boleh masuk wad.
nasib baik nurse bwk wheel chair, so xyah jalan. jauh gile wad die....

Sampai wad, trus tgk henpon, sian hubby tunggu lama, bateri pulak kong, kol hubby suruh dtg wad... Lega rasa dah atas katil. Nurse masukkan jarum kat tangan, sakitnyeee


 So i pon tertidur, hubby pon same, tidur atas kerus. Huhu.. Nasib baik hubby boleh teman lama skit sbb time wiken kan, So waktu melawat panjang. Then darah mmg byk sgt2 keluar, bape kali dah tukar pad, tukar alas katil.... Hubby byk membantu, tok tukar pad, mandi sume.. xgeli pon die huhu... n kita kena puasa.. so dats y kite kena masuk air...

Lepas 3 jam kot tidur, tetiba rase cam nak kencing, pegi toilet, sekali ada sesuatu jatuh dari bawah ni. dengan gelinya i kutip, mmg rupa dia same mcm kantung yg kempis tu, tapi xda rupe baby ag
So hubby bawak bnda tu jmpe nurse, so doc pon dtg, suh scan, pegi scan, mmg da kosong, cume ada a few ag dlm perot, so nurse inject kat peha gak tok kecutkan rahim...

Lepas 2 jam pulak kot, doc datang suruh scan lagi, tp masih ada lagi baki2 dalam perot, akhirnya still kena buat d&c. Allahhuakbar..... Time melawat pon da habis, so hubby kena balik... all bymyself now. So dalam pukul 10, i kena tukar baju yang macam org wat operation tu. kena bukak semua, bra n panty pon....

Then, duduk atas katil yg beroda, i di bawa ke bilik operation. kena tukar katil lagi kat bilik operation...
A few minutes, i di bawa ke bilik operation.... Sies seram... dengan keadaan lampu yg banyak, then manusia yg banyak bercampur laki pompuan. Semoga Allah mengampunkan dosaku....

I di masukkan bius lepas beberapa saat, i tertidur, sedar dr tidur... I sedar kat luar bilik operation tadi. lame gak tidur dekat 2 jam.. bile sedar terasa nak kencing then nurse kasi tmpt kencing sbb xboleh gerak.
Terasa cam lemah sangat badan....So i pon dibawa ke wad...


So for the 1st time in my life, tidur di hospital sendiri.. Esoknye dah boleh keluar wad, bil hanye RM13 n dibekalkan asid folic utk stok 3 bulan selepas diminta dr nurse...